Kata-kata aluan

;

Saturday, October 24, 2009

Aktiviti main



Inilah salah satu aktiviti yang dijalankan semasa dalam kelas prasekolah. Situasi sebegini menggalakkan mereka berkomunikasi, mengawal emosi dan memperkembangkan minda serta fizikal mereka.

Gimrama Hari Sukan



Ha beginilah gayanya anak-anak prasekolah memeriahkan bersama Sukan Tahunan Sekolah. Penat jugak nak melatih mereka lebih-lebih lagi yang lelaki dari patung Cendana Dewi ke Sotong kurita. Banyak-banyak sabar je tapi anak-anak prasekolah ni memang cepat belajar. Penat-penat melatih boleh tahan jugak hasilnya walaupun ada silapnya, bebudak kecik yang buat orang lain tak perasan pun kecuali cikgunya.

Tuesday, October 20, 2009

Sejarah Prasekolah


Prasekolah merupakan sebahagian daripada sistem pendidikan Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan pendidikan prasekolah bagi membolehkan kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun memasuki persekolahan lebih awal, terutamanya kanak-kanak daripada golongan berpendapatan rendah. Pendidikan prasekolah di Malaysia bermula pada 18 Disember 1991 apabila Mesyuarat Jemaah Menteri mengarahkan Kementerian Pelajaran Malaysia melaksanakan program prasekolah. Perkara ini disusuli dengan Mesyuarat antara Kementerian yang berlangsung pada 27 Januari 1992 . Bermula dari itu , Projek Rintis Pendidikan Prasekolah KPM bermula dengan 1,131 kelas diseluruh negara.

Sunday, October 18, 2009

Lagu Tema Haiwan


Lagu Gajah


Gajah berkaki empat


gelek, gelek


Hidungnya sangat panjang


gelek, gelek


Gading bercabang dua


Tapi gajah tak makan orang




Kalau adik ingin tahu


Apa makanan gajah


La, la, la, la ( 2X )


Gajah makan tebu


Quek, quek




Melodi : Lompat Si Katak Lompat